Sunday, 2 June 2013

Menjadi seorang insan yang lengkap




Assalamualaikum waramatulahi warabakatu~
hari ini nak kongsi tentang chakra

Untuk menguasai diri kita, kita pertamanya perlu memahami teras kita. Kerana musuh kita lebih mengtauhi diri kita dari diri sendiri. Kerana walaupun perperangan biasa selalunya akan berakhir, perperangan untuk minda, jasad, dan jiwa kita tidak akan berakhir. 
Dan inilah kenapa dari setiap orang terlibat.

Jadi siapa diri kita?
Kita adalah ROH yang berada dalam sebuah JASAD
Jadi, apa maksudnya?
Badan manusia, adalah satu-satunya badan yang apabila dibentang habis-habisan, akan muat dengan sempurna di dalam sebuah bentuk petak dan bulatan.
Kita perlu faham, petak melambangkan lingkungan Jasad.
Bulatan melambangkan lingkungan Roh.


Dalam badan manusia mempunyai 7 Chakra, di sini hanya akan menekankan 5 Chakra yang penting.

CHAKRA SEKSUAL
Chakra Seksual melibatkan Tenaga seksual manusia. dalam Islam terdapat konsep "Halal" dan "Haram" atau "Dibolehkan" dan "Dilarang" oleh Tuhan. Dalam kebanyakaan kes, berberapa amalan boleh menjadi "Dibolehkan" atau "Dilarang mengikut situasinya. Jadi persetubuhan sebagai contoh, dilarang, kecuali jika kita sudah berkahwin, baru dibolehkan.
 Chakra ini hanya boleh menghasilkan tenaga sihat apabila ia digunakan dalam persekitaran yang sesuai iaitu kahwin. Oleh itu hubungan apa-apa jenis sebelum berkahwin tidak digalakkan sementara perkahwinan digalakkan dan patut dilalukan oleh semua orang. 

CHAKRA TENGAH
Chakra Tengah berada di sebelah perut kita, dan ia melibatkan tenaga dalaman dan sebagai penyimpan tenaga kehidupan. Untuk membina tenaga kehidupan dengan betul, kita perlu makan makanan yang sihat dan berkhasiat. Apa yang dimakan oleh kita dan keluarga kita patut datang dari sumber yang baik untuk menjadikan "Dibolehkan". 
Memakan dari duit yang haram hanya akan merosakkan jiwa kita.

CHAKRA HATI
Chakra Hati melibatkan rasa belas kasihan, cinta, penghormatan, dan pemenuhan emosi. Dan yang itu boleh dicapai melalui hubungan yang sihat. kasih sayang, dan keamanan di antara manusia. Nabi Muhammad(S.A.W) telah bersabda bahawa baginda telah dihantar untuk melengkapkan ajaran kebaikan yang diajar oleh Nabi Isa a.s dan juga para Nabi yang lain. 
Melalui belas kasihan sahajalah masyarakat yang sihat boleh dilahirkan.

CHAKRA KERONGKONG
Chakra Kerongkong melibatkan komunikasi dan peluahan diri. Al-Quran mengajar kita dalam Surah Al-Asr ayat 2-3 "...2)Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. 3)Keluali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula BERPESAN-PESAN dengan kebenaran dan BERPESAN-PESAN dengan kesabaran." 

CHAKRA MAHKOTA
Chakra Mahkota ini melibatkan kebijaksanaan, gerak hati, kesedaran, dan kerohanian. Hanya dengan mengayakan setiap chakra ini dengan kebaikan sahajalah boleh kita mencapai potensi sebagai seorang insan.
Oleh itu seseorang harus menggunakan dan mengayakan kesemua kemahuan fizikal, mental, dan, emosional ini dengan cara yang betul.
Untuk membesarkan jiwa dan menguasi diri kita sendiri. Hanya dengan itulah boleh kita mencapai potensi kita...Hanya dengan itulah boleh kita menjadi insan yang lengkap. 

perperangan yang akan datang melibatkan sepenuhnya dengan chakra-chakra ini...
ini bukan satu kebetulan yang sasaran musuh adalah chakra-chakra di atas.
satu demi satu mereka akan menyerang chakra kita dalam urutan kewujudan mereka

Untuk mencapai pencahayaan hidup, seseorang mesti menaikkan tenaganya melalui chakra-chakra ini, dari yang paling bawah iaitu Chakra Seksual kepada yang paling atas iaitu Chakra Mahkota.

Apabila semua chakra ini tersusun dan digunakan dengan cara yang betul, satu chakra baru akan muncul di atas chakra mahkota...
satu chkara yang mereka tidak boleh sentuh...
satu chakra yang menjadi kemuncak kepada jiwa yang bebas...
satu jiwa yang bebas akan berupaya untuk membebaskan jiwa-jiwa yang lain...
satu demi satu, sistem musuh mula dirobohkan.
tetapi ia semua bermula dengan satu pilihan yang perlu kita buat sekarang...
untuk kekal sebagai seorang hamba yang tidak lengkap atau Menjadi seorang Insan yang Lengkap.




kredit: Noreaga & Achernahr


Friday, 10 May 2013

LELAKI



 Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
Jika seseorang lelaki meminati seseorang wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita... Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama! Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho
hanya kerana ingin memikat hati wanita. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu
seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya. Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini... Kadang2 lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan. Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak
sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkan kesedihannya di depan orang. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti... Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. 

Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal dan mempunyai kelemahan!

Salam Ukhuwah..~
Tajuk di tukar takut disalahertikan

Tuesday, 7 May 2013

Naga


Naga di mana-mana boleh makan konsepnya ganas sama seperti harimau tidak makan anak...mulutnya sentiasa terbuka..itu dulu ninety-an...sekarang dah tunduk dengan namanya angka, tak ada angka si naga tunduk membisu mulut ke bawah...ternyata angka itu menjadi dominan kepada kuasa...

Thursday, 2 May 2013

Masa khutbah tak boleh tidur...


Pertama

1.Bismillahirrahamnirrahim...

2.Assalmualaikum warahmatulahi wabarakatu

3.Ini hari juma'at yang Indah bersamaan Jamadilakhir 23 1434 Hijrah :-) semoga kita semua berkati Allah s.w.t.

4.Al-Fatihah kenapa semua...